Followers

Saturday 2 July 2011

PULAU PINANG PULAU MUTIARA

BUKIT BENDERA




Bukit Bendera merupakan sebuah kawasan Parlimen di negeri Pulau Pinang, negara Malaysia. Negeri Pulau Pinang terletak diantara negeri Kedah dengan negeri Perak di utara Semenanjung Malaysia.
Berada pada ketinggian lapan ratus tiga puluh meter di atas Georgetown, puncak Bukit Bendera mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan.
Secara umumnya, ia lima darjah Celsius lebih dingin daripada paras laut. Dari kemuncak, para pelancong boleh ada penglihatan yang menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut. Ia terdapat taman yang menyenangkan, pondok berfesyen tua, restoran dan penginapan, sebuah kuil Hindu, seta Masjid Muslim di puncaknya.
Bukit Pulau Pinang sebenarnya digelar Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagi penanaman strawberi.
Rintisan yang mencapai kemuncaknya mudah melalui Taman Botanikal Air Terjun dengan jalan kaki. Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia tetap secara umumnya dipanggil Bukit Pulau Pinang.

Peta Lokasi




TAMAN RAMA-RAMA 

Taman Rama-rama ini berkeluasan 0.8 hektar dan dihuni oleh 3000 spesimen daripada 50 spesis rama-rama pelbagai warna,katak,kala jengking dan lain-lain serangga.(Dibuka pada pukul 9.00pagi hingga 5.00petang).Bayaran RM5.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak.RM10.00 umtuk pelancong asing dan RM5.00 untuk kanak-kanak pelancong asing.

Rama-rama

Rama-rama

Rama-rama besar

Lanskap Air terjun

PADANG KOTA


Padang Kota merupakan sebuah bandar di Pulau Pinang yang berdekatan dengan bandar Georgetown. Ia terletak di dalam kawasan parlimen Tanjung. Padang Kota terbahagi kepada dua bahagian iaitu Padang Kota Lama dan Padang Kota Baru. Di sini beberapa acara penting selalu diadakan seperti sambutan hari kemerdekaan, Sambutan Tahun Baru, dan acara santai yang lain.
Padang Kota menghadap ke arah laut. Pemandangan dari padang kota ialah pengunjung dapat melihat Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan kawasan pulau ke tanah besar dengan jelas dan juga feri Pulau Pinang berselisih membawa penumpang dan kenderaan dari Pangkalan Sultan Abdul Halim ke Pangkalan Raja Tun Uda. Di Padang Kota Lama, terdapat tempat yang dikenali sebagai Fort Corwallis. Kapten SHTI Francis Light telah mengibarkan bendera Union Jack di Fort Cornwallis . Kubu pertahanan dibina di Padang Kota Lama dan beberapa buah meriam di sini masih dapat dilihat dengan jelas. Walaupun British tidak lagi menjadi pentadbir di Pulau Pinang, tetapi legasi British dapat dilihat jelas sekitar Padang Kota.
Padang kota menjadi tumpuan pelancong dan penduduk yang inginkan ketenangan dan menikmati makanan popular Pulau Pinang iaitu nasi kandar ,pasembor, cendol dan juga laksa. Kebanyakkan pengunjung Padang Kota gemar untuk melepak di tembok benteng laut untuk merasai angin sambil bersantai. Benteng dibina di tepi laut bagi menghalang hakisan ombak . Walaubagaimanapun, disebabkan keadaan air laut yang tidak dapat dijangka di tebing padang kota, pengunjung tidak berani untuk mandi. Ia boleh menjadi pasang secara tiba-tiba dan berbahaya. Semasa Tsunami 2004, air laut di sini telah melepasi benteng dan menyebabkan air melimpah ke luar. Untuk berkelah, tempat yang sesuai ialah Pantai Moon Light di Batu Feringghi, Tanjung Bungah dan sekitarnya.

Beberapa bangunan terdapat di sekitar Padang Kota ialah Town Hall, City Hall dan Dewan Sri Pinang. Untuk ke padang kota, ianya mengambil lebih kurang 20 minit selepas Jambatan Pulau       pinang dan mengikut keadaan lalu lintas. Keadaan lalu lintas menuju ke arah Georgetown, Bayan Lepas sangat sesak pada waktu pagi, tengahari, petang dan hujung minggu. Penumpang mestilah pandai merancang perjalanan.




No comments:

Post a Comment